Sape tak sayang bini oiiiii.. Hahaha
Perjalanan bermula dari rumah ke Kuala Lumpur.. Kenapa ke KL??? Mcm biasa.. Ambil org gaji ler.. Hahaha a.k.a Aunty Za..
Perjalanan diteruskan dgn jayanya..
Sehinggalah nampak sign IPOH.. Dlm ati jd berbunga bunga..
Di Ipoh, kita memilih tinggal di Haji Basri Homestay.. Rumah yg selesa dengan harga yang superberb.. RM130 per night.. Rumah plak dekat dgn kedai runcit, kedai makan..
Yg paling best dekat dengan Lost World of Tambun.. Destinasi utama kitaaaaaaa..
Selepas mandi manda di Lost World of Tambun, tiba2 terdetik satu idea nak ke satu destinasi yg sgt diimpikan selama ini...
Kellie's Castle... Dah lama ibu nak ke sini.. Tp ibu takot dgn cerita2 seram yg bermain di telinga ni.. Tapiiiiii kaliiii ni, ibu gagahkan juga dan menepis segala cerita2 seram.. Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan walaupun meremang jugak bulu2 ni.. Tak caya? Anda boleh merasainya sendiri dgn berkunjung ke sini..
Castle ini sgt menarik.. Baik dari struktur binaannya mahupun cerita disebalik terbinanya istana indah ini..
Menurut cerita, Istana ini dibina atas rasa cinta Kellie kepada istrinya Agnes.. Mcm ala2 Taj Mahal la.. Apa yg menarik lagi adalah persoalan yg menjadi tanda tanya sehingga hari ini.. Istana Kellie atau Istana Agnes? Ingin tau??? Boleh google dan bacalah sepuasnya.. Tak syok la kalo ibu ceritakan.. Tak pon korang boleh pegi sendiri ke Kellie's Castle. Di sana diorg dah tulis siap2 pasal istana ini.. Pasal kisah seram pon ada...







Tiada ulasan:
Catat Ulasan