12 Disember 2011 9:42pm

Aku cinta mati padamu... Takkan sanggup aku tanpamu... Bahagiamu itu bahagiaku.. Dan setiap airmatamu.. Itulah jua kesedihanku...
Kau tak pantas untuk disakiti... Kau pantas untuk dicintai...
Terlalu dalam cinta ini.. Mungkin aku bisa mati bila harus kehilangan dirimu...
~12 Dec 2011 9.42pm~


29 Sep 2015

Masak2

Assalamualaikum...
Lama ibu tak main masak2..
Biasa mkn air tgn nenek je..
Tp minggu ni rasa rajin plak..

Menu pertama : Sup Ketam bersama Petai.
Utk sorang makan :-
1 ekor ketam
2 ulas bawang putih
Sepapan petai
1 kiub bilis 
Cili padi jika suka pedas
Air secukupnya
Garam secukupnya

Tumis bawang putih dulu. Masukkan ketam. Bila ketam dah masak, masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan kiub bilis. Bila mendidih masukkan plak petai dan cili padi. Seterusnya garam secukup rasa. 

Menu kedua : Udang Cendawan Butter
Utk sorang makan :-
5 ekor udang
Sedikit cendawan 
2 biji bawang merah - tumbuk
Daun kari
Sebiji telur
Sedikit butter
Garam secukupnya
Sedikit minyak 

Pukul telur hingga kembang. Panaskan butter dan goreng telur. Kacau telur hingga menjadi seperti kerak goreng pisang. Angkat.
Panaskan minyak. Goreng udang. Dah nampak kekuningan, ketepikan. Minyak dah tak nak guna. Boleh simpan. 
Panaskan butter, tumis bawang merah. 
Masukkan cendawan, daun kari, garam (jika perlu). Bila dah naik bau, masukkan udang. Kacau hingga sebati. 
Angkat dan hidang. Taburkan kerak telur.
Siap! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan