12 Disember 2011 9:42pm

Aku cinta mati padamu... Takkan sanggup aku tanpamu... Bahagiamu itu bahagiaku.. Dan setiap airmatamu.. Itulah jua kesedihanku...
Kau tak pantas untuk disakiti... Kau pantas untuk dicintai...
Terlalu dalam cinta ini.. Mungkin aku bisa mati bila harus kehilangan dirimu...
~12 Dec 2011 9.42pm~


24 Dis 2015

Al-Fatihah

Separuh jiwaku pergi... 

Dua bulan telah berlalu... 
Ayahanda meninggalkan kami tanpa pesan.. 
Tanpa kata selamat tinggal... 
Kami sepi tanpamu... 
Semoga ayahanda tenang di sana..
Kami benar-benar merindui ayahanda.. 
Semoga amal ibadah ayahandaku diterima disisi-Nya.. 
Al-Fatihah

29 Sep 2015

Masak2

Assalamualaikum...
Lama ibu tak main masak2..
Biasa mkn air tgn nenek je..
Tp minggu ni rasa rajin plak..

Menu pertama : Sup Ketam bersama Petai.
Utk sorang makan :-
1 ekor ketam
2 ulas bawang putih
Sepapan petai
1 kiub bilis 
Cili padi jika suka pedas
Air secukupnya
Garam secukupnya

Tumis bawang putih dulu. Masukkan ketam. Bila ketam dah masak, masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan kiub bilis. Bila mendidih masukkan plak petai dan cili padi. Seterusnya garam secukup rasa. 

Menu kedua : Udang Cendawan Butter
Utk sorang makan :-
5 ekor udang
Sedikit cendawan 
2 biji bawang merah - tumbuk
Daun kari
Sebiji telur
Sedikit butter
Garam secukupnya
Sedikit minyak 

Pukul telur hingga kembang. Panaskan butter dan goreng telur. Kacau telur hingga menjadi seperti kerak goreng pisang. Angkat.
Panaskan minyak. Goreng udang. Dah nampak kekuningan, ketepikan. Minyak dah tak nak guna. Boleh simpan. 
Panaskan butter, tumis bawang merah. 
Masukkan cendawan, daun kari, garam (jika perlu). Bila dah naik bau, masukkan udang. Kacau hingga sebati. 
Angkat dan hidang. Taburkan kerak telur.
Siap! 




11 Sep 2015

Moh kite ke Perak

Alhamdulillah.. Setelah lama menyimpan hasrat utk ke Perak, akhirnya pa merealisasikan impian ibu.. Hehehe
Sape tak sayang bini oiiiii.. Hahaha
Perjalanan bermula dari rumah ke Kuala Lumpur.. Kenapa ke KL??? Mcm biasa.. Ambil org gaji ler.. Hahaha a.k.a Aunty Za.. 
Perjalanan diteruskan dgn jayanya.. 
Sehinggalah nampak sign IPOH.. Dlm ati jd berbunga bunga.. 

Di Ipoh, kita memilih tinggal di Haji Basri Homestay.. Rumah yg selesa dengan harga yang superberb.. RM130 per night.. Rumah plak dekat dgn kedai runcit, kedai makan.. 
Yg paling best dekat dengan Lost World of Tambun.. Destinasi utama kitaaaaaaa.. 


 
Selepas mandi manda di Lost World of Tambun, tiba2 terdetik satu idea nak ke satu destinasi yg sgt diimpikan selama ini... 
Kellie's Castle... Dah lama ibu nak ke sini.. Tp ibu takot dgn cerita2 seram yg bermain di telinga ni.. Tapiiiiii kaliiii ni, ibu gagahkan juga dan menepis segala cerita2 seram.. Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan walaupun meremang jugak bulu2 ni.. Tak caya? Anda boleh merasainya sendiri dgn berkunjung ke sini.. 





Castle ini sgt menarik.. Baik dari struktur binaannya mahupun cerita disebalik terbinanya istana indah ini.. 
Menurut cerita, Istana ini dibina atas rasa cinta Kellie kepada istrinya Agnes.. Mcm ala2 Taj Mahal la.. Apa yg menarik lagi adalah persoalan yg menjadi tanda tanya sehingga hari ini.. Istana Kellie atau Istana Agnes? Ingin tau??? Boleh google dan bacalah sepuasnya.. Tak syok la kalo ibu ceritakan.. Tak pon korang boleh pegi sendiri ke Kellie's Castle. Di sana diorg dah tulis siap2 pasal istana ini.. Pasal kisah seram pon ada... 

31 Jul 2015

29 Mei 2015 ~ 30 Mei 2015

Sutra Beach Resort.. Terengganu

Sesiapa yang mencari tempat honeymoon yang jauh dari kesibukan kota, maka di sini la jawapannya..
Suasana desa yang damai, tepian pantai yang mengasyikan, udara yang nyaman..
Di sini jua segala kecelaruan minda boleh dirapi, perbalahan boleh dilerai, percintaan boleh dirai, kasih sayang boleh disemi..

Terima kasih pa sebab sudi perkenalkan tempat yang indah ini kepada ibu dan Feena...






21 Mei 2015

Saat Kau Pergi...

21 Mei 2015

Menjelang ulang tahun perkahwinan..
Menjelang usiamu 9minggu...
Ibu menghitung hari bahagia..
Kau yang tak diundang di awalnya..
Kau yang tak dirancang sebelumnya..
Membenih... Tumbuh..
Kau ditantang, dirawat bagai raja..
Ibu jua dirai bagai puteri...
Sayang.. Si kakak sudah siap menunggu..
Telah ibu ceritakan perihalmu..
Telah ibu siapkan kematangannya menerimamu...
Namun sayang...
Sudah takdir..
Seolah kau belum sedia menghadapi kami.
Ibu hampa, sedikit patah hati..
Orang melihat seakan biasa..
Ibu yang alami sayang.. Sudah sekian kali sayang... Ibu hampir penat..
Kau yang paling ibu harapkan..
Kini lenyaplah sudah...
Tenanglah kau di sana nak..
Saat kau pergi... Berlinanglah air mataku..
Betapa singkat ku rasakan kebahagiaan ini..
Kini lenyaplah sudah....





20 Feb 2015

Universal Studio Singapore part2

14feb15.. 0830pg
Kami bertolak dari Hotel Sentral ke USS..
Kami memilih pakej private car dari En.Hilmi Razak naik Exora lagi tau.. Hehe
Sgt selesa dan drivernya sgt menepati waktu.. Sporting lgi. En Zul namanya.
Perjalanan ke Sentosa hanya 1/2 jam. Kat Singapore ni tak boleh laju2. Sane sini ade AES camera. Kene sopan2 je tau..


Memang teruja sgt.. Sebab ni kali pertama kami ke Singapore.. 


Sampai je di pintu masuk USS, mood feena terus berubah.. Ingatkan dia excited, tp feena mengamok2.. Tak nak naik stroller yg ibu dah sewa tu. Harga bukannya murah. Single stroller 15sgd tau. Ade jugak double seat, wheel chair pon ade. Setelah dipujuk2 akhirnya feena mengalah.. Alhamdulillah.. 
Masuk je USS, ibu pilih masuk ke sebelah kiri dulu. Sbb ibu dah teruja nak ke far far away.. Ade castle kat situ. Ade rumah shrek. Tapi sebelum tu akan jumpa characters Madagascar dlu. 





Kalo korang nak cari makanan halal, boleh pegi ke Egypt.. Situ makanan ala2 fadang fasir.. Nyum2.. Utk minuman plak.. Korang just beli botol2 yg ade tulis USS tu. Lps tu boleh refill air minuman korang dekat mane2 stall dengan harga 5sgd. Murah kan? 





Keluar dr USS lebih kurang jam 0230ptg. Round2 dalam Resort World tu dlu.. Ambik2 gambo.. Beli souvernir kat Hard Rock Cafe.. 
Lepas driver datang ambik, dia bawak kami ke 'kepala singa' katanya.. Sporting abis encik driver.. 










Universal Studio Singapore part1

Assalamualaikum..
Kali ini ibu nak bercerita tentang pengalaman ke USS..
Sblm bertolak, mmg byk dugaan..
Pagi 13feb15 tu sepatutnya bertolak seawal jam 0700pg. Tetapiiiiii.. Pa tak perasan tayar cik nissa kami bocor disebelah pemandu.. Punya kelam kabut. Tp pa cool down je. Slow2 bergerak dari rumah jam 0830pg. Tiba di Muadzam Shah, bru nmpak ada kedai tayar yg buka. Maklum la di negeri kami, Jumaat adalah cuti umum. Sesudah tampal tayar, bru la rasa tenang sket bergerak menuju ke Johor Bahru.
Tiba di JB lebih kurang jam 0500ptg. Kami memilih menginap di Hotel Sentral JB. Hotelnya sgt selesa dan harga sgt awesomeeeeeeeee 😱! RM200 utk 3d2n.
Dan termasuk breakfast.. Memang berbaloi baloiiiii..



Malam tu kami makan2 kat Chicken Rice Shop di KSL Mall sbb nak mudah keje. Tak terkejar kejar nak tukar SGD lagi, nak beli toiletries lagi..
Korang nak murah boleh tukar SGD di LG floor KSL Mall.. Boleh dapat 2.66 myr = 1sgd.


9 Jan 2015

Sekitar Langkawi

Hari pertama sampai, kita semua pegi borong coklat byk2.. Mcm biasa, kitorg gi serang Haji Ismail Group.. Tp kali ni HIG da ada kompleks sendiri.. Siap2 dgn hotel lagi.. 
Hari kedua kita gi Underwater World.. Tgk ikan yu putih.. Penguin.. Anjing laut dan mcm2 lgi kehidupan laut.. 








Habis situ kita makan aiskrim gulung. Kiosknya terletak dlm The Zon.. Sedap la utk bdk2.. 



Lepas tu kita jln2 keliling pulau.. Ambik2 gambo.. Tp lupa plak nak snap kat area Pantai Cenang.. Huhuhu



Langkawi utk kesekian kali

Baru2 ni pa, ibu dan feena ke Langkawi lagi.. Kali ketiga bagi feena.. Thn 2013 feena sempat pegi 2x. Kali pertama bln Januari. Masa tu company toki yg ajak. Selang satu bln iaitu bln Mac, company pa pulak yg bawak kitorang jln2.. Kali ni company trip jugak. Alhamdulillah.. Merasa feena jln2..

Perjalanan dari sini ke Kuala Perlis sgt mencabar. Disebabkan tanah runtuh diJeli akibat banjir besar di Kelantan, kami terpaksa melalui tempoh perjalanan yg sgt panjang. Kami terpaksa lalu ikot jln belakang. Temerloh juga tak blh lalu pasal air da naek atas highway.

Bertolak seawal 2.30ptg 24.12.2014, dan tiba di Kuala Perlis jam 5.00pg 25.12.2014.
Alhamdulillah, pada jam 12 tghari kami tiba di Pulau Langkawi dgn selamat.
Kalo dulu kami menginap di Grand Continental Hotel, Kondo Istana... Kali ini kami nginap di Perdana Beach Resort. Resortnya sgt2 selesa utk satu family. Ada 2bilik dan 2bilik air.



Harta Karun

Hari ini mood sgt baek.. Tubuh terasa ringan dan terasa rajin..
Sambil menyanyi2 sambil kemas2 bilik..
Bila da berabad tak kemas bilik, maka kuar la harta karun yg tak disangka sangka..
Jom tgk apa yg ibu jumpa..
Mungkin ianya milik toki..
Tapi tak apa la.. Ibu 'tolong' simpankan..
Hehehehe