12 Disember 2011 9:42pm

Aku cinta mati padamu... Takkan sanggup aku tanpamu... Bahagiamu itu bahagiaku.. Dan setiap airmatamu.. Itulah jua kesedihanku...
Kau tak pantas untuk disakiti... Kau pantas untuk dicintai...
Terlalu dalam cinta ini.. Mungkin aku bisa mati bila harus kehilangan dirimu...
~12 Dec 2011 9.42pm~


8 Nov 2014

oH cOLmAr tROpicALE




Kali pertama ke Bukit Tinggi, 3 thn lps..
Honeymoon kononnya.. Tp masa tu dh mengandungkan feena. Kalo tak silap br 3bln time tu..
Seronok.. Sejok.. Degil.. Preggy pon nk manjat bukit jugak.  Nasib tak jadi apa2..
Nk ke Japanese Garden la kononnya.. Aleh2 jepon pon tak nmpk rupa. Sbb tak tahu disebalik pokok2 kat situ ada laluan ke jepon garden.. Blk la dgn tgn kosong..
Tp sempat la tdo kat colmar tropicale 1mlm.


Kali kedua pegi, 17 September 2014.. feena dh besa..  Dh 2thn 7bln.. Kejap je mase berlalu. Caj masok pon dh naek RM12 utk adult. Dulu 10hinggit je. Kali ni pegi tak tdo. Jln2, beli fridge magnet. Dulu lupa nk beli.
Tp percutian terganggu sbb ade matsalleh shooting film kat situ.
Insyaallah, ibu akan dtg lg bwk feena jln2 kat situ. Kita tgk angsa. K syg!

mELaKA + aQuARia KLcC part2

     
Ok..  Baru ada masa nak sambung cerita.. 

2 okt 2014
Esoknya kami siap2, mkn pagi di hotel..  Breakfast boleh tahan..  Mengenyangkan.. Ibu mmg sengaja cari hotel yg included breakfast.. Sbb mls nk kuar cari mkn kat luar.
Dlm jam 9pg, kami check out dan pusing2 bandar Melaka. Nak parking kat mane2 jgn lupa beli kupon dulu. RM6 utk satu hari parking. Kami pon jln2 la dari Dataran Pahlawan hingga la ke Kota A Famosa.. Ambik2 gamba dkt muzium kapal, KTM, kapal terbang, dinasour..


Seronok jln2, skali sandal ibu terputus betol2 depan kereta Chevrolet Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra.. Apalgi, terpaksa la ibu jalan terhenjot2 masok ke mall situ.  Mujur sgt, melangkah satu tingkat saja ade kedai kasut. Sudah tu kami bergerak ke Kuala Lumpur menuju ke Hotel Alpha Genesis, Bukit Bintang.


Jln menuju ke hotel sgt mencabar disebabkan kerja2 penyelenggaraan jln sdg dibuat. Ibu mane la tau.. Mase search kat booking.com, tak ada plak diberitahu. Ok, smpai hotel pkl1. Pkl2 kitorang siap2 nak ke KLCC plak. Mase tu jln tak jem lg. Pa steady je bwk kete. Smpai KLCC, trus masuk ke Aquaria. Tiket masok utk 2 adult RM76. Utk Feena free. Umo pon bru 2thn ++.
Dlm tu best sgt..  Ade ikan besa2 yg tak pernah jumpa dan tgk.  Seram pon ade.. Yg paling best bila masok dlm terowong tu. Ikan real duk atas kepala. Ade penyu besa sgtttt, ade jaws,  ade pari yg bapak gedabak. Sini kalo nk ambik gamba tak blh on flash. Tu yg gamba jd gelap. Huhuhu..




Sudah penat jln2 ibu belanja feena mkn eskrem..  Yum nyum..
Ape pon Aquaria mmg best.. Korang mesti pegi!

24 Okt 2014

mELakA + aQuARia kL part1

1 okt 2014... Jam 9pagi...
pa, ibu dan Feena bertolak ke Melaka...
Pada awalnya semuanya kelihatan baek2 saja... Gambang, Muadzam Shah, Segamat, Tangkat dan kami lihat kemegahan Gunung Ledang disebelah kiri kami..  Sayangnya ibu tak sempat memotret struktur Gunung Ledang..
Setibanya di Ayer Keroh Feena sibuk memotret gambar jalan kiri dan kanan..  Sampai penuh gambar dalam hp ibu...
Pa pula terus memacu kereta ke hotel yg telah ibu booking di booking.com sejak awal lagi.
Waktu menunjukkan jam 4.30ptg..
Dan...  Bermulanya sebuah masalah...
Kalo diikutkan pada 'teman setia'Garmin,  Hotel Hallmark Crown terletak di Jalan Panglima. Pa ikut saja kata teman setia itu.  Tapi apa kami temui adalah kawasan parkir kereta utk ke A Famosa.  Di depan mata kami tersergam indah sebuah kota lama...  Ikutkan hati ibu,  nak berhenti dan ambik gamba sekejap...  Tapi ibu tgk muka pa dah lain macam...  Macam penat.. Jam ditangan sudah tepat jam 5.30ptg.  Tapi bayangan hotel pon tak nampak...  Ibu sempat masuk ke dalam Hotel Hallmark Inn bertanyakan arah ke Hallmark Crown..  Ibu pikir mungkin syarikat yg sama..  Ada 3 hotel yg ada nama Hallmark di Melaka ini.  Sudah hampir 6x pa pusing2 Bandar Melaka mencari Hallmark Crown..
Di Garmin, tiada carian nama hotel tersebut.  Ibu hanya gunakan alamat hotel sebagai carian. 
Pusing dan terus pusing...  Cari dan terus cari...  Akhirnya ibu terpandang satu signboard kecil berwarna kuning di tengah jalan..  Hotel Hallmark Crown.. Di Jalan Panglima kalo ke kiri akan terus ke A Famosa.. Jalan lurus ke depan akan jumpa hotel..
Hampir 2jam pusing2 bandar Melaka. Alhamdulillah akhirnya kami selamat check in.. Kami rehatkan diri..  Mandi dan bersiap untuk keluar makan..  Yg bestnya hotel ni,  showernya ade lampu warna warni...  Feena ape lagi,  seronok la mandi di bawah cahaya lampu berkelip2.. 
Bercerita pasal makan,  asalnya rancang nak ke Klebang la...  Muara sungai la...  Tapi dah jadi gini,  terpaksa la makan dekat2 bandar je..  Sbb perot dah lapa sgt..  Kitorang pilih kedai Upin dan Ipin. Tapi mahal wooo..  Utk ibu mahal la..  Sbb ibu bkn org kaya..  Mkn utk bertiga dah RM56++.. Tapi tak apa lah...  Pengalaman..  Feena pon suka duduk kat situ..  Dari masuk kedai diorang pasang cerita Upin Ipin..  Sesudah tu,  kitorang jln2 sekitar bandar..  Tengok Tamingsari..  Tengok jeeeeee... Ibu gayat.. 

Ambik gambar dekat muzium kapal tu..  Tapi malam gambar tak clear sgt.. Maklum la henpon murah..  Takpe la,  besok kita dtg blk..  

Best jln2 waktu ni,  tak ade ramai manusia..  Hehehe..  Tak berebut.  Depan muzium kapal ade kedai souvernir..  Ibu beli cencaluk yg tokki pesan..  Lepas tu beli fridge magnet.. Kegemaran ibu..  Hehehe.  Tapi lupa beli belacan..  Ingatkan nenek tak nak..  Almaklumla kitorang memang tinggal di kampung nelayan..  Memang mudah nak dapat belacan kat kampung sendiri..
Sesudah berbelanja, terus balik bilik.  Tenangkan pikiran.. Tapi tak tenang jugak,  bising.. Org karaoke..  Rupanya sebelah hotel ade tempat karok..  Ape name tempat,  ibu dah lupa..  Kalo tak silap Nyonya Village..
Tido la kami dalam keadaan begitu.. 
Penat ibu menaip..  Sambung part 2 plak ye...

3 Mac 2014

vAcATioN!!!

Jiwa ibu dah meronta~ronta... ibu perlukan percutian yg indah.. Mood keje dah semakin mendatar... ibu perlukan rehat.. Ibu tak harapkan belanja besar.. cukup la sekadar berehat di hotel sea view.. ataupon hill view.. Ibu bukan nak shopping2, pa... Paaaaa jom laaaaaaa..

22 Feb 2014

kU sANgKA pANaS sAMpAi kE pEtANg...

19 Februari 2014

Hari ini ibu rasa tak sedap hati... tp ibu tetap pegi keje.. memandangkan pa tak keje arini, jd pa la yg kene anta ibu pegi keje.. Sebenarnya perasaan ibu tak enak.. dari petang kemarin lg perot ibu memulas2.. ibu takot sgt...
subuh td mse ibu buang air, ibu dah perasan.. tp ibu buat2 tak nmpk..
Lepas breakfast kat tmpt keje td, ibu cek lg... ha'ah... mmg ade lg... Ibu trus mintak kebenaran dr ketua utk ke klinik.. Ibu call pa tak dpt2... baru ibu ingat, hp pa tak cas mlm td.. ibu trus call nenek kat umah.. nenek ckp pa tak blk lg. ibu tinggalkan pesan kat nenek suroh pa dtg ambik ibu kat tmpt keje.. Dalam 1jam juga ibu tunggu pa.. rupanya pa blk kg.. nasib pa tak duduk lame kat kg.. kalo tak mmg gelabah la ibu...
Sampai kat klinik, ibu dpt no 12.. mcm biasa la.. tggu doktor mmg jenuh la..
Bila dah tibe giliran ibu, pa pon nak ikot masok skali..
Doc ~ semua baik2 aje kan?
Ibu ~ tak doktor... ptg smlm perut sy memulas smpai peloh2.. pg ni mcm ade spotting sket..
Doc ~ warna ape?
Ibu ~ merah tak mcm haid tp tak coklat sgt...
Doc ~ kita scan dulu...
ehmmm... ade lg ni... ukuran 0.37cm... mcm ni la, u mkn dupaston dlu.. kalo drh kuar makin byk u stop mkn.. tu tandanya keguguran kecil.. tp takpe, kite tgk dlu.. u rehat dlu. sy bg mc 2ari..

Blk sje dr klinik, hati ibu gundah gelana.. ibu dah lame tggu utk pregnant lg.. ibu rindu nak pregnant lg... tp Allah swt berkehendak laen... mlm tu makin byk darah yg keluar... dah sah skrg ibu dah keguguran buat kali ke-4...
Sedihnya Ya Allah....

18 Feb 2014

aKu bOsaN jADi dOktoR

Ibu tertarik dgn artikel dr fb kwn ibu.. Bila diamati bait2nya, mmg tepat sgt dgn ape yg sdg brlaku di Malaysia skrg ni.. Korg blh nilai sdiri.. jom bace!

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Ada ijazah pun dah tak berguna. Kerana zaman dah berubah. Ramai yang mencari doktor di FB. Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Hanya diperlukan bila nak MC. Nasihat tak pernah didengar. Ubatan tak dimakan ikut peraturan. Malah ada yang langsung tak makan ubat. Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah. Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super. Satu ubat untuk semua jenis penyakit. Telan satu jenis pil. Semua penyakit boleh disembuhkan. Ada ubat super yang boleh merawat sistem badan. Membetulkan mana2 yang rosak. Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang. Sel2 badan boleh ditukar dan diganti baru. Semua penyakit boleh hilang dari badan. Darah tinggi boleh normal. Kencing manis boleh sembuh. Gout boleh sembuh. Kanser pun boleh sembuh.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah. Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna. Sebab ilmu yang aku belajar, sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang. Ilmu fisiologi dah tak betul. Ilmu biokimia dah tak betul. Ilmu farmakologi dah tak betul. Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang. Ada garam bukit penawar semua penyakit. Ada daun2 kering penawar semua penyakit. Ada jus buah2an penawar semua penyakit. Ada kopi penawar semua penyakit. Ada juga mesin boleh buang toksin. Ada juga air rendaman kaki untuk buang racun. Yang sakit jadi sihat. Yang tua menjadi muda. Dah tak payah pergi klinik. Dah tak payah pergi hospital. Dah tak payah jumpa doktor. Minum aje ubat2 ajaib. Telan aje pil2 kesihatan. Duduk aje atas kerusi elektrik. Rendam aje kaki dalam air. Semua penyakit boleh hilang. Itulah kehebatan ubat2 sekarang.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor. Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2. Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib. Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif. Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden. Ubat2 moden merosakkan buah pinggang. Ubat2 moden tak boleh merawat kanser. Ubat2 moden tidak menyembuhkan. Ubat2 moden sekadar mengawal. Imunisasi itu ciptaan Israel. Imunisasi penyebab Autism. Lebih baik makan ubat2 ajaib. Kencing manis boleh sembuh. Gout boleh sembuh. Asthma boleh sembuh. Kanser pun boleh sembuh.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Aku dah bosan memberi nasihat. Aku dah bosan memberi penerangan. Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up. Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2. Ubatan diberi sekadar jadi pameran. Ramai pesakit2 aku yang degil2. Paras gula naik sebab buatan orang. Kena stroke sebab gangguan jin. Berat badan susut sebab ada orang dengki. Kena kanser pun sebab buatan orang?

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Kerana zaman dah semakin berubah. Doktor dah semakin tak relevan. Penyakit boleh digoogle di internet. Kawan2 penasihat dah ramai di FB. Ubat2 boleh dibeli difarmasi. Ubat2 juga boleh dibeli online. MC pun sekarang boleh dibeli online.

Aku tak faham. Terutama dengan ubat2 MLM. Terutama dengan agen2 MLM. Kenapa mudah sangat percaya, satu ubat yang boleh menyembuh segalanya. Dengan modal testimoni beberapa orang, habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia. Yang tua dipujuk untuk membelinya. Yang muda diajak menjadi downlinenya. Malah doktor juga cuba dikelentongnya.

Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu. Yang boleh membersihkan udara. Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran. Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit . Yang boleh menjadikan awet muda. Dulu pernah ada tuala wanita. Yang diperbuat daripada herba2. Boleh menyerap racun dan mencegah kanser. Juga boleh letak didahi jika demam. Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.

Dan ini yang terbaru. Hablur garam dan gula. Ada pesakit ajak aku join mereka. Berminggu2 aku study dan google. Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang? Biar betul? Kalaulah betul ubat ini wujud, doktor dah tak payah kerja susah2. Tutup sahaja semua klinik dan hospital. Semua orang akan jadi sihat. Tiada lagi penyakit didunia ini.

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka. Sama ada yang menjual atau membelinya. Mereka mudah sangat percaya. Kepada benda2 karut. Kesihatan diri diperjudikan. Wang ringgit sanggup dihabiskan. Tidakkah mereka tahu, ubat2 moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan? Perlu ada clinical trial. Perlu ada kajian saintifik. Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup. Bukan setakat cakap2 sesedap mulut. Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.

14 Feb 2014

Alhamdulillah.. Kejutan dariMu

12 Feb 2014

Ibu rase penat sgt arini.. mcm lari w1000km.. blk keje ibu rase mcm suhu bdn naek.. ibu trus mandi.. tibe2 ibu rase seram sejok, mengigil2 bdn ni.. mmg 2,3 ari lps ibu xsdap bdn.. perot kembong, pale pening.. tp arini rase da xblh tahan da.. mlm tu jgk ibu ajak pa ke klinik..
Sampai klinik, ibu isi borang panel. dpt la no7.
ibu ~ Assalamualaikum...
doc ~ Waalaikumsalam.. hah, knpa ni? ade isi ke?
ibu ~ eh, x la doktor.. tarikh period x smpai lg..
doc ~ hehehe.. biase dtg cek tu je kan..
ibu ~ senyum.. demam la doktor.. sakit pinggang, kembong perot, sakit ari2..
doc ~ period bila? (sambil check suhu bdn ibu) tak demam ni.. 36 je..
ibu ~ 21 ni..
doc ~ baring dlu.. doktor nk check kembung..
ibu pon baring la...
doc ~ angin sket je... kita usg la blh?
ibu angguk
doc ~ tgk sini.. ini u punya rahim.. sini mcm ada segumpal darah.. blh jd benih nak lekat (ibu dah senyum time ni) atau blh jd nak period (ibu down blk)..
kite buat test urine la.. blh?
ibu angguk je..
ibu ~ tak naek 2 line pon doktor
doc ~ hahaha.. sabar.. lmbt sket.
ibu ~ mcm ni la doktor , sy tgu kat luar je la dlu. mcm tak de je tu..
doc ~ ok, nnt sy pgil blk.

10 minit kemudian..
doc ~ ade.. tp baru lg..
ibu ~ Alhamdulillah... lame dh tgu..
doc ~ jage elok2.. 2mgu lg dtg usg blk..
ibu ~ terima kasih doktor..

Terima kasih Ya Allah...

Alhamdulillah... 2thn

08 Feb 2014 6.01pm
Alhamdulillah.. arini Feena genap 2thn..
da besa anak ibu ni.. ibu doakan Feena menjadi ank yg solehah dan berbakti kpd pa dan ibu... Amin...
Adik Feena?? da lame ibu idamkan..
InshaAllah rezeki pasti ada...

mENu aRiNi ~ udang goreng tomyam ~

ibu dan feena mmg suke mkn udang...
disebabkan da jemu mkn udang butter, udang bakar, udang masak merah..., ibu pon reka la satu menu... dan hasilnyeeeee
Udang goreng tomyam


500gm udang sederhana besar
1 batang serai (potong kecil2)
2 ulas bawang putih (mayang)
4 keping daun limau purut (potong nipis)
Lobak merah
Tomato (potong 4)
1 sudu pes tomyam
Garam
Minyak utk menumis

Mula2 panaskan minyak dan goreng udang sehingga udang berubah warna.
Kejap je tau. Pastu toskan.
Kemudian tumis bawang putih, serai dan daun limau dgn minyak yg same. Apabila naik bau, masukkan udang. Apabila air udang turun, masukkan pes tomyam dan garam. (kalau masin, boleh tambah air)
Masukkan tomato. Apabila tomato separuh masak, masukkan lobak merah. Masak hingga lobak masak.

mENu aRiNi ~ lala masak serai manis ~

arini ibu nak kongsi resepi feberet ibu..
ibu maen campak2 je bhn2 ni..
Lala masak serai manis



500gm lala
2 btg serai (potong nipis2)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 biji bawang holland (potong bulat)
Lobak merah
2 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
Serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak utk menumis
Tumis bawang putih dan serai. Apabila naik bau, masukkan sos tiram dan sos tomato. Masukkan sedikit garam (kalau tak suka masin sgt tak payah letak sbb sos tiram dah masin). Masukkan sedikit air. Masukkan lala dan tutup kuali supaya lala cepat masak. (jangan balik2 kan) Selepas 2minit, masukkan bawang holland, lobak merah dan serbuk lada hitam. Tutup kuali dan angkat apabila lobak sudah separuh masak.

9 Feb 2014

SaNRiO hELLo KiTtY

16 Januari..
Lps breakfast kat Warung Mamak Bawah Pokok, kitorg bergerak ke Puteri Habour, Sanrio Hello Kitty.. x jauh dari hotel.. dlm 15min dh smpai.. ibu dh booking tiket siap2 kat umh, so kitorg trus je ke entrance.. Feena mmg seronok dpt jumpa 'real' Hello Kitty.. tp yg plg excited msti la ibu.. posing sakan.. Feena plak ibu biarkan dia dgn Aunti Za.. tau la Aunti Za ajar dia mcm mane nk posing.. mule2 kitorg msok tu dh nmpk si Dear Danial n Hello Kitty duk begamba dkt ats stage.. ibu pon cpt2 ambik giliran.. kat sane ade juruphoto diorg.. kite blh pilih gmbr kite yg diorg snap tu.. 4kpg RM100.. kite blh suh diorg ambik kat mane sje yg kite nk posing..
Lps begambo kitorg msok Hello Kitty's House.. sume brg HK yg ade kat dlm tu.. mmg menarik.. ade piano, katil, perabot, dapo pon ade.. bilik mandi lg la.. sume HK..








Then kitorg msok plak ke Black Wonder..


kat sni ade sejarah knp HK kene tangkap.. ibu x phm sgt psl HK ni.. tp kalo tnye Cik Dah, msti dia blh terang satu2.. Siap kat stu, kitorg msok plak ke
Wishful Studio.. kat sini dia bg 1kpg biskut bentuk HK dan kite perlu hiasan kan sje. Biskut tu dh dibakar, kite blh mkn.. tapau pon blh..

Habis situ kitorg pegi bt souvernir sdiri. Diorg akan bg satu frame dan tube pelbagai wane.. kite perlu susun tube tu menjd kepala HK.. mmg rumit. dah la tube tu kecek2.. jari ibu ni gedabak beso nye.. dh la mcm tu, ade timing plak.. adeh! tp yg syoknye lps siap tu, diorg akan iron tube2 tu.. sgt cntek.. nk jelas pon mcm susah je.. nnt korg tgk gmbo k!




8 Feb 2014

jALaN~jALaN Di jOHoR

15 Januari 2014, ibu bwk Feena jalan2 merentasi Selatan Malaysia.. Bertolak dr umh seawal 8pg dan tiba di Johor pd 3.30ptg.. Kami menginap di Hallmark Regency Hotel di Jalan Abad Johor Bahru.. dekatttt sgt dgn KSL mall.. ape yg best Hotel Hallmark ni?? rate nye.. murah.. korang blh cek kat www.booking.com. ibu booked 2 bilik.. satu superior dan satu lg family room.. ade 3 katil.. tp bilik kecek je.. tp Alhamdulillah.. muat2 utk atuk, nenek, aunti Za, Cikdah n ayhsu Feena..


Slps rehat dlm 2jam, pa bwk kite mkn2 di Senibong.. tmpt yg femes tp kualiti mknan tak seGah name nye.. Oleh sebab lapar, kitorang bedal je.. Tak dinafikan pemandangan di situ mmg cantek.. sempat jgk ibu dan Feena posing berlatarbelakangkan Singapura.. nmpk jgk la sipi2...
Siap mkn, kitorg berhajat utk ke City Square... jeng jejenggggg.. di sini la terjadi satu peristiwa seram dan melucukan...
smbil drive.. pa sempat menunjukkan jambatan utk ke Singapura.. drive punya drive.. sembang punya sembang, rupa-rupanya pa terlepas satu simpang... dan akhirnya kami ter'masok' laluan Woodlands... mase tu Tuhan saje yg tau bgmane perasaan kami.. dgn passportnye xde.. dgn pengalamannye xde...
tiba di Zon A, pa parking kete dkt tepi lorong. trus pa tnye pgawai imigresen kat stu. Katenye kite semua kene trun bt report kat Pejabat Imigresen.. smpai di pjbt tu, pegawai sne kate xpyh trun rmai2.. dia just bg satu surat mengatakan kite slh msok/lalu.. dan surat tu kene tunjuk kat pegawai yg jage pagar di laluan plg kanan. Utk kembali ke JB, pa kene bergerak ke kanan.. ade satu lorong kat stu dan ade pegawai yg jage kat stu.


Akhirnya kami berjaya keluar dr 'Singapura'.. ibu pon cpt2 tukar plan.. xjadi ke City Square.. aleh2 ke KSL Mall je ler.. nenek plak dh fobia kalo nmpk 'Woodlands'.. hahahaha